PeDoMaN

JaUhKaNLaH aKu dRpD memJadi seOrAnG yAnG 'BuTa' mAtA DaN JuGa 'bUtA' HaTi..'TeRaNg'KaN LaH HaTiku DaN 'CeLiK'KaN Lah PeNgLiHaTaNku iNi...BeRiLaH aku KeKuAtaN aGar aku bisa 'peRgi'..LuaSkanlaH 'qaLbU' keCiLku ini..muDah mEneRiMa...aku rEdHo Dgn seGaLa ke'tentuan' MU..TeTaPi aku aMaT BgaNtUnG haRaP PADaMU...

Wednesday, March 23, 2011

LiHaTLaH, MaKa BeRtasBihLah !!!

Siapakah arkitek yang telah mendesain raksasa bumi ini, siapakah yang menegakkannya di atas muka bumi ini? Sesungguhnya gunung-gunung inipun bertasbih kepadaNYA
La Sal Mountains from Dead Horse Point State Park
...
Siapakah yang telah mewarnai setiap daunnya, yang berjumlah bermilyar-milyar di seluruh dunia. Siapakah yang telah melukis pepohonan hingga sedemikian indahnya. Sesungguhnya pohon-pohon dan semua tanaman inipun tunduk menyembah kepada Yang Esa
Owl Creek Pass, Colorado
...
Siapakah yang menghendaki air ini bisa turun jatuh ke bumi dengan tenangnya? Padahal kalau Ia berkehendak, Ia mampu menjadikannya air yang meluap-luap melantakkan apa yang ada didepannya, sehingga makhluk yang ada didepannya terseret air bah yang membinasakan.
Opabin Terrace, Yoho National Park, B.C.
...
Air terjun yang tenang
...
Air terjun Kaieteur
...
Duhai betapa indahnya telaga ini, siapakah yang telah mendesainnya? Sesungguhnya ini baru nol koma sekian persen dari ni’mat Allah yang telah Ia berikan di dunia. Katakanlah siapakah Yang Maha Indah?
Opabin Terrace Pools , Yoho National Park, B.C.
...
Kokohnya gunung, terjalnya tebing, curamnya jurang, dalamnya lautan, dinginnya salju, tapi mengapa itu semua jadi terlihat MENGAGUMKAN dimataku, Siapakah yang telah berhasil mengkombinasikan variabel-variabel berbahaya ini menjadi sesuatu yang tidak pantas sama sekali untuk dihujat dan dicela? Siapakah arsitek semua ini? Sesungguhnya semua ini tunduk patuh seraya bertasbih memuja Sang Pencipta.
gunung Rainier
...
Gold Rock
...
Alam yang tenang
...
Itu hanyalah sedikit ni’matnya yang telah Ia turunkan didunia, ni’mat yang kadangkala kita sering melupakannya. Ia yang Maha Indah maka ia pun Menciptakan ke Indahan Semesta ini. semua perhiasan dunia ini suatu saat nanti akan binasa, hanya Dia yang kekal selamanya. Persiapkanlah dirimu untuk menyambut seruanNya.
Tetapi selain diatas itu masih ada perhiasan dunia yang lebih indah lagi, bahkan perhiasan Paling Indah diatara perhiasan dunia yang manapun di dunia ini. Apakah perhiasan itu? Lihatlah semua ini maka kaupun akan bertasbih kepadaNya

...


SaLaM Bertasbihlah....

20 ALaSan TaK PerLu LaFaz MaaF...

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. 

Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.


1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. 
Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!!
Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. 
Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. 
Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. 
Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. 
Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. 
Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. 
Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. 
Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. 
Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. 
Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. 
Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kamu itu.

17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. 
Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.' Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf', sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. 
Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. 
Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

MaaFLaH aku...



Walaubagaimanapun......

Seandainya aku pernah melakukan salah dan silap disepanjang hidupku ini,
dari lahirku sehingga tertutup mataku kelak..
Daripada bermula pengenalan kita sehinggalah selama-lamanya..
Maafkan lah aku..

mohon kemaafan Ummi ohh ibuku,
Maafkan lah fir,ummi..

Baba ohh ayah ku,
Maafkan lah fir,baba.. 

YM TuaN Sheikh ohh Guru ku,
Maafkan lah saya ,YM TuaN Sheikh.. 

'Kamu' ohh kasihku,
Maafkan lah abg,pampezzzz..

sahabat2 oh temanku..
Maafkan lah daku..

aku teramat mengasihi kalian semua..
semoga kalian dirahmati ALLAH TAALA..
Mudah2an..

Aku serba kekurangan,tanpa kalian,aku keseorangan dan kesunyian..
birpun jarang bertemu,namun 'kamu' tetap diingatanku 'kasih'..

SaLaM KeMaaFaN DaRiku yang serba lemah lagi xterdayaa ini.....

FiR....<3 :)

Friday, March 18, 2011

PaYaHnya MaLaiKat meMinta TaNaH Dari buMi - IsLaM

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam.....


Sekadar berkongsi...
SaLaM ReNunGaN...:)

Friday, March 11, 2011

EkSpeDiSi MeNeRoKa 'perut' GuA TemPuRuNg...

DaLaM KeNanGaN......

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.


Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. 

Ekspedisi meneroka gua ini melibat seramai 30 orang ahli kelab Kembara & Rekreasi PSAS mgikuti ekspedisi ke Gua Tempurung selama 2 hari pada 23 dan 24 Mac 2007. Sungguh menarik serta takjub dengan kebesaran Allah yang menjadikan gua yang sebegini indah. 

Pakej keempat pilihan kami iaitu "Grand Tour" menarik dan plg mencabar. Tidak mahal bayarannya, hanya RM22 seorang. Ekspedisi bkumpulan paling mcabar dengan pjalanan meneroka sejauh 3.8km dengan berjalan kaki shingga ke pelantar 10. Cabaran myusuri anak sungai yg tdapat ddlm gua. Kseluruhan aktiviti mgambil masa slama 3 jam 30 minit.
 
Pada 23hb, kami mmulakan pjalanan mnaiki bas dari PSAS menuju ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Apabila sampai di Gopeng, kami semua diangkut dengan menaiki dua lori menuju ke Camp Site 'Murni Camp' yg bhampiran dgn Gua Tempurung...

Antara kkwn yg sempat bposing sblm naiki lori ke Murni Camp..
Bermalam lah kami sume di tapak perkhemahan Murni Camp. Ape yg kami dapati, dikawasan sekitar tapak perkhemahan Murni Camp sungguh cantik dan menarik..berdekatan dengan kawasan sungai... sungainya pun jernih dan banyak ikannn...sempat ler jgk aku mnemani sseorg brother tu mmcg.. Oleh kerana tlalu teruja, aku xdpt nak lelap mata n tbayangkn betapa keindah gua batu kapur tu..agk sejuk la jgk mlm tu..

Pada keesokkan hari, kami bramai ramai bjalan menuju ke Gua Tempurung..menurut renjer pemandu arah kami, ada dua sesi 'pengembaraan' yg bakal kami terokai iaitu 'Wet Tour' dan juga 'Dry Tour'. Namanya 'wet', memang basah kuyuplah jadinya.

Tapi pemandu arah berpesan kepada kami, di dalam gua, mulut perlu dijaga juga.. hehehe.. faham-fahamlah sendirilah ok..

Murni Campsite..TJ, Au, Alon, Topup, Kucai n aku..:)

menuju ke Gua Tempurung..

Sunrise...

......


Kami memulakan ekspedisi tahap pertama iaitu perjalanan melalui pintu masuk gua ke pelantar "Top Floestone" dan seterusnya ke tahap Dua "Top of the world" ke tahap Tiga "Top of the World & Shot River Adventure" dan berakhir dengan jayanya ke tahap Empat "Grand Tour" dengan di pimpin oleh seorang Renjer Gua Tempurung..

Perjalanan ke dalam gua menerusi jalan darat dan pulang semula ke pintu gua menerusi alur sungai yang terdapat di bawah gua memakan masa hampir 3 jam..

 Bagaimanapun, cabaran sebenar bermula sebaik saja menjejaki pintu gua. Dengan bantuan lampu suluh, kami mula berjalan perlahan-lahan dalam keadaan gelap. Air Sungai Perah yang mengalir di lantai gua ada kalanya menambah rasa sejuk udara dari dalam perut gua.

Penerokaan kami bmula dsini 'pintu' Gua Tempurung..

Laluan permulaan menuju ke 'perut' gua...

Laluan dlm gua..

Antara lubang2 gua..
 
...

Semasa berada di dalam gua, kami dapat melihat pelbagai imej menarik yang terbentuk di dinding gua seperti imej ikan, obor-obor, harimau, singa, kepala lembu, manusia, monyet dan lain-lain. Keunikan ciptaan Yang Maha Esa seperti pembentukan stalaktit, stalagmit, batu marmar dan kristal yang terdapat dalam gua amat memukau.

Stalagmit dan Stalaktit yg tbentuk


Stalagmit dan Stalaktit yg tbentuk


pemandangan dlm gua..stalagmit dan stalaktit yg tbentuk

imej wajah


imej singa..

......


stalagmit dan stalaktit yg tbentuk...

....

.......


....


Cabaran seterusnya adalah mendaki lebih kurang 600 anak tangga dan menuruni lebih kurang 200 anak tangga. .Kemudian, menggelongsor tebing batu yang curam dan melepaskan diri menerusi lubang kecil untuk sampai ke alur sungai yang terletak di bawah gua. Semasa merentasi sungai, kami meniarap dan merangkak untuk merempuh halangan laluan sempit di bawah gua hampir sejam.

curam yg bbatu...

Add caption


salah seorg drpd kami..hirzi..


sungai di dlm 'perut'gua..

...


Daripada berdiri, merangkak, mencangkung, meniarap sehingga berenang katak, semuanya terpaksa dilakukan bagi memudahkan pergerakan.

Pendek kata, semuanya kelihatan seperti ala-ala komando yang melaksanakan misi khas.

Kurang setengah kilometer (km), kami tiba di kawasan agak lapang. Dari sini kami “dikerah” mendaki bukit yang agak curam. Di satu sudut, kelihatan batu amaran ditulis dalam bahasa Cina kepada pelombong mengenai bahaya banjir.

Berdiri di atas bukit membuatkan aku sedar mengenai betapa luasnya gua ini. Wujud sejak 8,000 tahun sebelum Masihi, ia menyimpan misteri di sebalik pembentukan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang unik.

Apalah yang sudah disaksikan stalagmit dan stalaktit ini? Sejak berzaman, ia menjadi penonton setia kepada segala macam ragam “penghuninya”.

Mengikut cerita orang lama, gua sepanjang dua km itu terletak antara Gunung Tempurung dan Gunung Rajah ini sudah lama dijadikan tempat bertapa.

Menurut jurupandu veteran Gua Tempurung bahawa terdapat suatu kawasan yg didiami 'orang bunian' n juga masjid orng bunian.Tetapi dia tidak mceritakn secara tperinci.
Puas kami mengorek cerita misteri daripada jurupandu veteran tu tetapi dia pantas menolak, “biarlah saya simpan dalam diri saya”.

Bagaimanapun, dia sempat bercerita pengalaman meneroka ruangan gua bersama pengkaji dari Australia pada pertengahan 90-an. Ekspedisi mustahil itu hampir meragut nyawanya apabila terperangkap dalam gua.

“Banyak yang saya saksikan, ada yang “manusia” ada yang “bukan”kata veteran tu...Kami juga menemui peralatan melombong bijih yang ditinggalkan. Kini, banyak yang sudah dialihkan atau dibawa keluar.

Pada 1950-an, gua ini mula dijadikan tempat persembunyian komunis sehingga 10 tahun kemudian. Dekad 70-an menyaksikan ia mula menjadi tumpuan pelombong bijih timah yang ditemui di sungai dalam gua.

Mungkin kerana kerakusan melombong “emas hitam” itu, ada yang menemui ajal di dalamnya. Seperti lombong lain, ia diabaikan apabila hasil bijih mula berkurangan.
Berbanding tanggapan awal mengenai keadaannya yang sempit, gua ini mempunyai lima kubah besar, setiap satunya mempunyai siling menyerupai tempurung kelapa yang berbeza dari segi stalagmit dan stalaktit, suhu dan kandungan marmarnya.
Ruang kubah ini tak ubah seperti lobi hotel dengan siling tinggi. Malah, ketinggian dan keluasan ada kalanya kelihatan seperti terminal lapangan terbang kecil. Bezanya, terminal ini lengkap dengan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang unik.
Terowong Angin pula membuatkan pengunjung terasa berada di puncak gunung.. Ape yg mhairan kan,di dlm perut gua tdapat suatu tiupan angin yg kuat,terasa seperti di tepi pantai..


Secara saintifiknya, suhu sejuk itu terhasil daripada proses pengewapan iaitu pertembungan udara panas di luar gua dan udara sejuk di dalam gua sehingga menghasilkan wap air.

Top of the World pula memberi pemandangan sebahagian besar gua tempurung ini.(disini lah dikatakan bahawa terdapat penempatan 'masjid orang bunian' )

 Dengan pancaran lampu suluh, pelbagai “jelmaan” dapat dilihat termasuk perempuan mengandung, patung Buddha dan monyet memandu kereta.
Meneroka gua ini amat memenatkan tetapi menyeronokkan.
Baju sudah lencun dengan air sungai semakin kotor apabila disuruh menggelongsor menuruni bukit. 

Di satu bahagian, kami perlu meloloskan diri melalui lubang kecil yang dipanggil lubang tikus – dipercayai laluan air terjun satu ketika dulu.

lubang kecil..

Au, aku, Epy, Topup,Alon n Qucai...
Hampir separuh perjalanan keluar diisi dengan mendaki 450 anak tangga. Platform yang panjang dengan cahaya lampu malap tidak ubah seperti set majlis puak dalam program realiti “Survivor”.

.....

Sedar tidak sedar, perjalanan sepanjang 3.8 km meneroka gua ini sudah memakan masa hampir tiga jam... Akhirnya kami berjaya sampai ke pintu gua semula.. :)

kami rehat setelah keluar dari Gua....kaki tangan sume kecut..

DaLaM KeNaNgaN...

FiR.........