PeDoMaN

JaUhKaNLaH aKu dRpD memJadi seOrAnG yAnG 'BuTa' mAtA DaN JuGa 'bUtA' HaTi..'TeRaNg'KaN LaH HaTiku DaN 'CeLiK'KaN Lah PeNgLiHaTaNku iNi...BeRiLaH aku KeKuAtaN aGar aku bisa 'peRgi'..LuaSkanlaH 'qaLbU' keCiLku ini..muDah mEneRiMa...aku rEdHo Dgn seGaLa ke'tentuan' MU..TeTaPi aku aMaT BgaNtUnG haRaP PADaMU...

Friday, March 11, 2011

EkSpeDiSi MeNeRoKa 'perut' GuA TemPuRuNg...

DaLaM KeNanGaN......

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.


Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. 

Ekspedisi meneroka gua ini melibat seramai 30 orang ahli kelab Kembara & Rekreasi PSAS mgikuti ekspedisi ke Gua Tempurung selama 2 hari pada 23 dan 24 Mac 2007. Sungguh menarik serta takjub dengan kebesaran Allah yang menjadikan gua yang sebegini indah. 

Pakej keempat pilihan kami iaitu "Grand Tour" menarik dan plg mencabar. Tidak mahal bayarannya, hanya RM22 seorang. Ekspedisi bkumpulan paling mcabar dengan pjalanan meneroka sejauh 3.8km dengan berjalan kaki shingga ke pelantar 10. Cabaran myusuri anak sungai yg tdapat ddlm gua. Kseluruhan aktiviti mgambil masa slama 3 jam 30 minit.
 
Pada 23hb, kami mmulakan pjalanan mnaiki bas dari PSAS menuju ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Apabila sampai di Gopeng, kami semua diangkut dengan menaiki dua lori menuju ke Camp Site 'Murni Camp' yg bhampiran dgn Gua Tempurung...

Antara kkwn yg sempat bposing sblm naiki lori ke Murni Camp..
Bermalam lah kami sume di tapak perkhemahan Murni Camp. Ape yg kami dapati, dikawasan sekitar tapak perkhemahan Murni Camp sungguh cantik dan menarik..berdekatan dengan kawasan sungai... sungainya pun jernih dan banyak ikannn...sempat ler jgk aku mnemani sseorg brother tu mmcg.. Oleh kerana tlalu teruja, aku xdpt nak lelap mata n tbayangkn betapa keindah gua batu kapur tu..agk sejuk la jgk mlm tu..

Pada keesokkan hari, kami bramai ramai bjalan menuju ke Gua Tempurung..menurut renjer pemandu arah kami, ada dua sesi 'pengembaraan' yg bakal kami terokai iaitu 'Wet Tour' dan juga 'Dry Tour'. Namanya 'wet', memang basah kuyuplah jadinya.

Tapi pemandu arah berpesan kepada kami, di dalam gua, mulut perlu dijaga juga.. hehehe.. faham-fahamlah sendirilah ok..

Murni Campsite..TJ, Au, Alon, Topup, Kucai n aku..:)

menuju ke Gua Tempurung..

Sunrise...

......


Kami memulakan ekspedisi tahap pertama iaitu perjalanan melalui pintu masuk gua ke pelantar "Top Floestone" dan seterusnya ke tahap Dua "Top of the world" ke tahap Tiga "Top of the World & Shot River Adventure" dan berakhir dengan jayanya ke tahap Empat "Grand Tour" dengan di pimpin oleh seorang Renjer Gua Tempurung..

Perjalanan ke dalam gua menerusi jalan darat dan pulang semula ke pintu gua menerusi alur sungai yang terdapat di bawah gua memakan masa hampir 3 jam..

 Bagaimanapun, cabaran sebenar bermula sebaik saja menjejaki pintu gua. Dengan bantuan lampu suluh, kami mula berjalan perlahan-lahan dalam keadaan gelap. Air Sungai Perah yang mengalir di lantai gua ada kalanya menambah rasa sejuk udara dari dalam perut gua.

Penerokaan kami bmula dsini 'pintu' Gua Tempurung..

Laluan permulaan menuju ke 'perut' gua...

Laluan dlm gua..

Antara lubang2 gua..
 
...

Semasa berada di dalam gua, kami dapat melihat pelbagai imej menarik yang terbentuk di dinding gua seperti imej ikan, obor-obor, harimau, singa, kepala lembu, manusia, monyet dan lain-lain. Keunikan ciptaan Yang Maha Esa seperti pembentukan stalaktit, stalagmit, batu marmar dan kristal yang terdapat dalam gua amat memukau.

Stalagmit dan Stalaktit yg tbentuk


Stalagmit dan Stalaktit yg tbentuk


pemandangan dlm gua..stalagmit dan stalaktit yg tbentuk

imej wajah


imej singa..

......


stalagmit dan stalaktit yg tbentuk...

....

.......


....


Cabaran seterusnya adalah mendaki lebih kurang 600 anak tangga dan menuruni lebih kurang 200 anak tangga. .Kemudian, menggelongsor tebing batu yang curam dan melepaskan diri menerusi lubang kecil untuk sampai ke alur sungai yang terletak di bawah gua. Semasa merentasi sungai, kami meniarap dan merangkak untuk merempuh halangan laluan sempit di bawah gua hampir sejam.

curam yg bbatu...

Add caption


salah seorg drpd kami..hirzi..


sungai di dlm 'perut'gua..

...


Daripada berdiri, merangkak, mencangkung, meniarap sehingga berenang katak, semuanya terpaksa dilakukan bagi memudahkan pergerakan.

Pendek kata, semuanya kelihatan seperti ala-ala komando yang melaksanakan misi khas.

Kurang setengah kilometer (km), kami tiba di kawasan agak lapang. Dari sini kami “dikerah” mendaki bukit yang agak curam. Di satu sudut, kelihatan batu amaran ditulis dalam bahasa Cina kepada pelombong mengenai bahaya banjir.

Berdiri di atas bukit membuatkan aku sedar mengenai betapa luasnya gua ini. Wujud sejak 8,000 tahun sebelum Masihi, ia menyimpan misteri di sebalik pembentukan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang unik.

Apalah yang sudah disaksikan stalagmit dan stalaktit ini? Sejak berzaman, ia menjadi penonton setia kepada segala macam ragam “penghuninya”.

Mengikut cerita orang lama, gua sepanjang dua km itu terletak antara Gunung Tempurung dan Gunung Rajah ini sudah lama dijadikan tempat bertapa.

Menurut jurupandu veteran Gua Tempurung bahawa terdapat suatu kawasan yg didiami 'orang bunian' n juga masjid orng bunian.Tetapi dia tidak mceritakn secara tperinci.
Puas kami mengorek cerita misteri daripada jurupandu veteran tu tetapi dia pantas menolak, “biarlah saya simpan dalam diri saya”.

Bagaimanapun, dia sempat bercerita pengalaman meneroka ruangan gua bersama pengkaji dari Australia pada pertengahan 90-an. Ekspedisi mustahil itu hampir meragut nyawanya apabila terperangkap dalam gua.

“Banyak yang saya saksikan, ada yang “manusia” ada yang “bukan”kata veteran tu...Kami juga menemui peralatan melombong bijih yang ditinggalkan. Kini, banyak yang sudah dialihkan atau dibawa keluar.

Pada 1950-an, gua ini mula dijadikan tempat persembunyian komunis sehingga 10 tahun kemudian. Dekad 70-an menyaksikan ia mula menjadi tumpuan pelombong bijih timah yang ditemui di sungai dalam gua.

Mungkin kerana kerakusan melombong “emas hitam” itu, ada yang menemui ajal di dalamnya. Seperti lombong lain, ia diabaikan apabila hasil bijih mula berkurangan.
Berbanding tanggapan awal mengenai keadaannya yang sempit, gua ini mempunyai lima kubah besar, setiap satunya mempunyai siling menyerupai tempurung kelapa yang berbeza dari segi stalagmit dan stalaktit, suhu dan kandungan marmarnya.
Ruang kubah ini tak ubah seperti lobi hotel dengan siling tinggi. Malah, ketinggian dan keluasan ada kalanya kelihatan seperti terminal lapangan terbang kecil. Bezanya, terminal ini lengkap dengan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang unik.
Terowong Angin pula membuatkan pengunjung terasa berada di puncak gunung.. Ape yg mhairan kan,di dlm perut gua tdapat suatu tiupan angin yg kuat,terasa seperti di tepi pantai..


Secara saintifiknya, suhu sejuk itu terhasil daripada proses pengewapan iaitu pertembungan udara panas di luar gua dan udara sejuk di dalam gua sehingga menghasilkan wap air.

Top of the World pula memberi pemandangan sebahagian besar gua tempurung ini.(disini lah dikatakan bahawa terdapat penempatan 'masjid orang bunian' )

 Dengan pancaran lampu suluh, pelbagai “jelmaan” dapat dilihat termasuk perempuan mengandung, patung Buddha dan monyet memandu kereta.
Meneroka gua ini amat memenatkan tetapi menyeronokkan.
Baju sudah lencun dengan air sungai semakin kotor apabila disuruh menggelongsor menuruni bukit. 

Di satu bahagian, kami perlu meloloskan diri melalui lubang kecil yang dipanggil lubang tikus – dipercayai laluan air terjun satu ketika dulu.

lubang kecil..

Au, aku, Epy, Topup,Alon n Qucai...
Hampir separuh perjalanan keluar diisi dengan mendaki 450 anak tangga. Platform yang panjang dengan cahaya lampu malap tidak ubah seperti set majlis puak dalam program realiti “Survivor”.

.....

Sedar tidak sedar, perjalanan sepanjang 3.8 km meneroka gua ini sudah memakan masa hampir tiga jam... Akhirnya kami berjaya sampai ke pintu gua semula.. :)

kami rehat setelah keluar dari Gua....kaki tangan sume kecut..

DaLaM KeNaNgaN...

FiR.........

No comments:

Post a Comment