“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa
beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh
buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi
seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali
ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis
semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,
diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan
dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi
wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya
habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,
dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati
yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.
Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian
tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan
hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki
daripada Allah.
No comments:
Post a Comment