Mumia Ramesses II
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu
diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu
disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi
Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya
oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh
doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Prof. Dr. Maurice Bucaille
Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan
khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin
Mesir, Anwar Sadat.
Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat
sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan
pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir
kuno itu.
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam
yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar
bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera
dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya
jasad itu tidak buruk.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding
jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai
penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam
Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui
tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara
sehingga ke hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang
berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan
perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila
diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam
telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima
oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang
lalu.
Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang
terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari
hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba
menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini?
Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran
diturunkan,” kata hatinya sendirian.
Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan
Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak
diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak
dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan
berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang
berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan
diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus
mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk
bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman
Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun
dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu
dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan
sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar
tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat
diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains
untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun
dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan
beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi
beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi
al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan
seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai
Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah
selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah.
Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik
tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya.
No comments:
Post a Comment