PeDoMaN

JaUhKaNLaH aKu dRpD memJadi seOrAnG yAnG 'BuTa' mAtA DaN JuGa 'bUtA' HaTi..'TeRaNg'KaN LaH HaTiku DaN 'CeLiK'KaN Lah PeNgLiHaTaNku iNi...BeRiLaH aku KeKuAtaN aGar aku bisa 'peRgi'..LuaSkanlaH 'qaLbU' keCiLku ini..muDah mEneRiMa...aku rEdHo Dgn seGaLa ke'tentuan' MU..TeTaPi aku aMaT BgaNtUnG haRaP PADaMU...

Friday, February 22, 2013

JeT PeriBadi TerbeSar & TermaHaL Di Dunia


Tahukah anda jet peribadi terbesar dan termhal di dunia adalah milik seorang ahli perniagaan iaitu Al Waleed Bin Talal.

Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai US $23.9 billion.

Pada tahun 2007, Alwaleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin holographic dan juga dewan konsert.



 
 
 
 
 
 

Jet peribadi ini juga dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz King, sistem multimedia untuk hiburan dan juga bilik solat yang mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjakkan ke arah Mekah..

NiLai SebuTir Nasi


 
Orang tua berkata jangan buang nasi kerana nasi yang terbuang tu menangis. Sebenarnya kata-kata ini menggalakkan kita supaya jangan membazir walaupun sebutir nasi. Orang kita kalau makan nasi memang biasa terbuang nasi.
Bukan hanya sebutir nasi malah berbutir-butir nasi yang melekat di jari terus dibasuh tangan. Malah ramai yang membuang bukan sebutir sepinggan dan mungkin seperiuk pun ada kerana tak habis makan.

Bayangkan jika setiap orang di Malaysia membuang hanya 3 butir nasi sekali makan. Rakyat Malaysia pada Jun 2010 ialah 28.9 juta orang menurut Utusan Malaysia.
Jika setiap kali seorang membuang setiap kali makan cuma 3 butir nasi, sudah menjadi 86.7 juta butir nasi. Ini paling sedikit, benarkah orang kita hanya membuang 3 butir nasi setiap kali makan?
Bayangkan dalam 1 kg beras mengandungi 50,000 butir beras. Jadi dalam 86 700 000 butir nasi di bahagi dengan 50, 000 sudah menjadi 1734 kilo beras terbuang sehari!

1 kilo beras boleh cukup untuk makan seramai 10 orang, maka 1734 kilo beras boleh memberi makan kepada :
1734 X 10 = 17,340 orang.

Ini untuk sekali makan, kebiasaan orang kita makan nasi 2 kali sehari, bayangkan…Sehari boleh menyuap untuk 34,680 orang bagaimana kalau sebulan? Bagaimana kalau setahun?

Oleh itu janganlah membazir walau pun sebutir nasi. Sebutir nasi sejuta keringat. Jangan membuang walaupun sebutir nasi! Mungkin ini antara hikmah Rasulullah SAW mengajar kita menjilat jari selepas makan supaya sebutir nasi pun tidak membazir. Wallahua’lam

RaHsia BeSar KFC Hanya DikeTahui OLeh 2 OraNg


Mesti ramai di antara kita yang sangat gemar makan KFC bukan? hidangannya yang sedap dan menyelerakan pasti membuatkan ramai orang mahu mendapatkannya. Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..


  Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

 
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.

Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Thursday, February 21, 2013

15 FakTa TenTang BruCe Lee Yang TiDak DikeTahui Umum



Bila sebut nama Bruce Lee mungkin ramai di antara kita yang mengenalinya, seorang yang cukup handal dalam seni bela diri dan banyak membintangi filem-filem berkaitan kungfu suatu masa dahulu. Banyak juga di antara kita yang dibesarkan dengan filem-filem lakonan beliau. Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui fakta sebenar tentang Bruce Lee ni.

Berikut merupakan 15 fakta tentang Bruce Lee yang tidak diketahui umum..
1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu
3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.
4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.
5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.
6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.
7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.

  8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari sahaja.

  9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee.
10. Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.
11. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain.
13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.

  14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.
15. Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, “Pa Qua” (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatudih tiup angin.

Kem TenTera BaWah TaNah TerBesaR Di Dunia


Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraan bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.


 
 
 
 
 
  Info Ringkas:
- Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.

- Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.

- Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.

- Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.

IbLis DaTang MengGanggu KetiKa SaKaratuL MauT..


Sekadar Gambar Hiasan

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”
Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.

MisTeri YanG MenyeLubungi PaTung Sphinx di Giza, Mesir..

Misteri berkisarkan patung Sphinx kerap diutarakan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba. Patung unik yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa itu memiliki ketinggian 20.22 meter, 73.5 meter panjang dan 19.3 meter lebar. Dengan rekod begitu, ia dianggap sebagai antara patung yang terbesar di dunia dan patung paling besar yang dibuat daripada batu oleh manusia. Miskipun demikian, misteri berkenaan dengan patung Sphinx masih menjadi perdebatan terutama berkaitan dengan perkara asas tentangnya seperti tarikh dan siapakah yang bertanggungjawab membinanya.



Gelaran dan Nama
Orang Mesir dan Arab menggelarkan Patung Sphinx sebagai Abu al-Hulyang membawa maksud Bapa Ketakutan. Ia digelar sedemikian rupa oleh kerana wajah patung dan badannya yang pelik serta saiznya yang menggerunkan.
Seorang penulis Arab zaman pertengahan, al-Maqrizi menggelarnya sebagai Balhib. Al-Maqrizi yang aktif menulis berkaitan Mesir purba mungkin menggunakan istilah tersebut kerana dipengaruhi oleh bahasa Coptik yang mana menjadi bahasa dominan semasa awal perkembangan Islam di Mesir.
Pliny the Elder(23AD-79AD) dalam bukunya Naturalis Historia menulis berkenaan patung Sphinx sebagai simbol ketuhanan masyarakat Mesir, sehinggakan masyarakat Mesir perlu menghormatinya dengan tidak berbuat bising apabila berhampiran dengannya. Menurut Pliny the Elder lagi, Hermes(ada pendapat mengganggapnya Nabi Idris as) dikebumikan di dalamnya.

Pliny the Elder

Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. IstilahHoremakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.
Miskipun demikian, beratus-ratus makam dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang Egyptologis daripada Brown University berkata,
 “The Egyptians didn’t write history, so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx was certainly something divine.

Tarikh Pembinaan Patung Sphinx
Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun, pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris yang juga seorang Egyptologis terkenal,  E. A. Wallis Budge menulis dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis,
Objek yang menakjubkan (Great Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren),  dan ia besar kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)”
Pendapat Budge ini seakan-akan cuba mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi. Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.
Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di Abydos sebelum berpindah ke Memphis.
Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan. Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang.

Binaan Mastaba yang berusia 2000 hingga 3000 tahun sebelum masihi
Binaan Zaman Nabi Nuh as?
Pendapat ini miskipun sukar untuk diterima namun ada juga benarnya. Seorang penulis buku berunsur konspirasi dan misteri, Robert Washeth dalam bukunya Snake Space mengemukakan teori bahawa patung Sphinx bersama-sama piramid telah dibina jauh lebih lama daripada Khufre bahkan lebih lama lagi daripada Zaman Dinasti Awal(3100SM-2686).
Washeth mengandaikan bahawa proses luluhawa dan hakisan yang teruk tidak mungkin berasal daripada proses semulajadi. Perbandingan paling mudah adalah dengan piramid Agung Giza yang terletak tidak jauh daripada patung Sphinx. Ia langsung tidak mengalami proses hakisan yang teruk sebagaimana patung Sphinx. Begitu juga dengan lain-lain monumen yang seusia dengan patung Sphinx.
Lebih jauh daripada itu, Washeth percaya bahawa Patung Sphinx telah dibina lebih 11,000 tahun yang lampau iaitu semasa zaman Nabi Nuh as. Proses hakisan yang teruk di beberapa bahagian patung Sphinx adalah disebabkan oleh kejadian banjir besar yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh as.
Pendapat ini disokong oleh seorang profesor daripada University of Boston, Dr. Robert M. Schoch yang menyatakan bahawa patung Sphinx berasal daripada tamadun Antedeluvian iaitu tamadun sebelum kejadian Banjir Besar Nabi Nuh.

Dr. Robert Schoch
Dr. Schoch mengemukakan bukti yang cukup kukuh untuk mengesahkan teori beliau. Dr. Schoch dalam penyelidikan dan kajiannya menyatakan terdapat kesan hakisan yang berpunca daripada air yang cukup besar di hampir keseluruhan patung tersebut.
Dr. Schoch mempertikaikan bagaimana air boleh ‘berada’ di bumi gersang di pinggir Padang Pasir Sahara kerana hasil rekod menyatakan air boleh didapati dengan kadar yang banyak di sini paling kurang 5,000 tahun yang lampau.
Persoalannya, bagaimana hakisan air boleh berlaku pada patung Sphinx itu. Melalui kajian tersebut, Dr. Schoch mempertikaikan segala fakta yang menyatakan patung Sphinx dibina oleh Khufre pada Zaman Dinasti Kuno. Dr. Schoch tidak menolak bahawa hakisan air pada patung Sphinx adalah disebabkan curahan hujan tidak henti-henti dan hasil rendaman yang begitu lama semasa kejadian Banjir Besar Nabi Nuh as.!

Menurut Dr. Schoch, hakisan disebabkan air menyebabkan kesan hakisan secara menegak.

Perbandingan antara hakisan disebabkan air dan angin.

Paling teruk hakisan yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh angin dan bukannya air. Namun, patung Sphinx menunjukkan ia mengalami nasib yang sebaliknya.

Patung Sphinx menyerupai Singa atau Serigala?
Bilamana bercakap mengenai patung Sphinx, ramai mengandaikan ia menyerupai seekor singa dan berwajah manusia. Namun penulis berbangsa Amerika Syarikat, Robert Temple menentang idea tersebut dan mengatakan ia lebih menyerupai seekor serigala berbanding singa. Dalam bukunya, The Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis yang diterbitkan pada awal 2009 menyifatkan arkitek patung gergasi Sphinx membinanya dengan bentuk Anubis(serigala) berbanding dengan singa.
Ramai yang tahu bahawa Anubis adalah tuhan masyarakat Mesri Purba yang menjaga makam-makam diraja dan kerabatnya. Teori yang dikemukakan oleh Robert Temple ada benarnya memandangkan patung gergasi Sphinx terletak berhampiran dengan piramid yang menjadi tempat bersemadi para Firaun.
Kehilangan Hidung Sphinx
Patung Sphinx terkenal bukan sahaja kerana sejarahnya, tetapi juga rupa fizikalnya. Patung Sphinx memiliki wajah manusia tetapi ‘tiada’ hidung. Tiada seorang pun ahli arkeologi mampu memberi jawapan konkrit tentang misteri ketiadaan hidung pada patung Sphinx ini.
Namun, beberapa teori boleh diperkirakan sebagai logik dan boleh diterima akal. Teori pertama menyatakan hidung patung Sphinx ‘cacat’ setelah batalion yang dikepalai oleh Napoleon Bonaparte membedil patung Sphinx sehingga musnahnya hidung patung tersebut. Ini berlaku semasa misi penaklukan Bonaparte di Mesir pada tahun 1798 sehingga 1801.

Fakta sebenar siapakah yang bertanggungjawab mencacatkan hidung patung Sphinx masih lagi menjadi perdebatan
Namun, teori itu segera dibangkang oleh pakar-pakar sejarah kerana terdapat hasil karya pelukis Frederick Lewis Norden yang berusia 50 tahun sebelum penaklukan Napoleon Bonaparte menggambarkan patung Sphinx sudah tidak mempunyai hidung.
Teori kedua mendakwa hidung patung Sphinx telah dimusnahkan oleh seorang sufi yang alim pada abad ke-14 kerana dibimbangi menjadikan patung tersebut sebagai alat sembahan.
Lain-lain dakwaan menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada tembakan meriam tentera Mamluk yang menggunakan hidung sebagai ‘target’ dan hasil khianat tentera British semasa Mesir berada di bawah jajahan takluknya.

MisTeri Mumia ToLLund Man..

Seorang utusan Allah swt yang digelar Rasul dan Nabi sering menghadapi tentangan hebat daripada kaumnya di kala menyeru untuk menyembah Allah swt yang Esa. Samada dalam kitab Taurat, Injil mahupun Al-Quran, kisah para Anbiya’ ini padat menceritakan keperitan seorang Rasul dalam menjalankan misi baginda menyampaikan risalah tauhid. Terdapat banyak kisah menceritakan bagaimana seseorang Rasul diancam dengan pembunuhan, diseksa dengan kejam dan segelintir daripada utusan Allah ini menemui ajal di tangan kaum musyrikin. Bahkan, junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw sendiri pernah disihir dan diracun oleh kaum kafir.

Jenazah para Nabi dan Rasul tetap kekal dipelihara Allah
Telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw bahawa terdapat sepuluh golongan yang jenazahnya tidak akan reput dan dibangkit di Hari Akhirat dalam keadaan asal sepertimana di waktu kematiannya. Golongan istimewa ini adalah:
1. Jenazah Para Nabi dan Rasul
2  Jenazah Para Syuhada dan Ahli Jihad
3. Jenazah Para Alim Ulama
4. Jenazah Para Syuhada
5. Jenazah Para Penghafal Al Quran
6. Jenazah Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Jenazah Tukang Azan
8. Jenazah Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Jenazah Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Jenazah Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw ini, kita dapat mengenalpasti setiap ciri-ciri jenazah yang dijumpai masih terpelihara jasadnya. Secara ringkasnya, ia boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti keistimewaan yang diberikan Allah swt kepada si mati.

Penemuan Mumia Misteri
Kebelakangan ini, banyak penemuan jenazah ditemui dalam keadaan masih kekal terpelihara jasadnya. Yang menariknya, kebanyakkan daripada penemuan misteri ini berusia melebihi seribu tahun yang lampau. Keadaan ini membingungkan ramai pengkaji dan saintis moden.
Antara penemuan paling menarik adalah penemuan Mumia Tollund Man di sebuah kawasan berpaya di Bjældskovda, 10 kilometer daripada Silkeborg, Denmark. Mumia Tollund Man pertama kali ditemui oleh dua orang adik beradik Viggo dan Emil Højgaard pada 6 Mei 1950. Pada mulanya, mereka beranggapan ia adalah mayat mangsa pembunuhan yang mungkin berlaku beberapa hari sebelum itu memandangkan betapa sempurnanya fizikal mumia tersebut.

Paya gambut di Bjaeldskov

Sebenarnya, penemuan Tollund Man berlaku secara tidak sengaja kerana adik beradik Højgaard dan keluarganya menggali di sekitar paya tersebut hanya untuk mendapat tanah gambut bagi kegunaan bahan bakar. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di negara-negara Eropah dengan menjadikan tanah gambut di kawasan berpaya bagi sumber bahan bakar menggantikan kayu api.


Tollund Man sebelum dipindahkan daripada tapak persemadiannya selama 2,000 tahun.
Sebelum penemuan mumia Tollund Man, beberapa tahun sebelum itu telah berlaku penemuan mumia di kawasan tersebut iaitu pada tahun 1927. Namun, penemuan tersebut tidak mendapat perhatian dan dibiarkan terkambus di dasar paya tersebut. Tiada kajian saintis sempat dilakukan terhadap mumia tersebut.
Penemuan seterusnya pada tahun 1938 iaitu penemuan mumia wanita di dasar paya gambut tersebut. Kali ini, mumia ini berjaya mendapat perhatian ramai dek kerana kesempurnaan jasadnya. Mumia misteri ini dinamakanElling Woman.


Jasad diangkut
Tollund Man telah diangkut dan dipindahkan secara berhati-hati setelah bersemadi di paya gambut tersebut lebih daripada 2000 tahun. Bagi mengekalkan keasliannya, jasad Tollund Man tidak disentuh oleh mana-mana individu dan diangkut dengan menggunakan kotak kayu yang dibina terlebih dahulu menggelilingi Tollund Man.

Tollund Man
Mereka yang terlibat dalam proses pemindahan rumit ini adalah adik-beradik Højgaard, kakitangan Muzium Silkeborg dan dua orang anggota polis. Anggaran berat kotak kayu itu adalah setengah tan dan ia memaksa sebuah kereta kuda membawanya ke stesen kereta api di Moselund sebelum dibawa ke Muzium Kebangsaan Denmark di Copenhagen.

Mendapat liputan media
Akhbar-akhbar tempatan teruja untuk mendapatkan liputan tentang penemuan tersebut. Beberapa akhbar menggelarnya sebagai lelaki iaitu dengan panggilan “lelaki itu dari Moselund, Bogville“, sedangkan akhbar yang lain berpendapat ia adalah seorang wanita.
Walaubagaimanapun, nama Tollund Man telah digunapakai secara rasmi untuk mumia misteri ini atas cadangan ahli arkeologi P. V Glob. Cadangan nama daripada Glob adalah bersandarkan kepada kampung halaman dua adik beradik Højgaard yang berasal daripada perkampungan Tollund.

Liputan media ketika itu

Ciri-Ciri Tollund Man
Tollund Man dianggarkan memiliki ketinggian 1.61 meter atau 5 kaki 3 inci. Ketinggian ini dianggap rendah berbanding purata ketinggian masyarakat Eropah ketika itu. Umurnya pula dianggarkan 40-an berdasarkan pemeriksaan giginya.
Pemeriksaan X-ray menunjukkan beberapa organ utama Tollund Man terawet dengan sempurna secara semulajadi. Otak, jantung, limpa dan paru-paru Tollund Man berada dalam keadaan cukup sempurna.

Otak dan beberapa organ dalaman lain terawet dengan sempurna
Tollund Man ditemui bersemadi di kedalaman 2 meter atau 6.6 kaki. Tempat persemadiannya berada 50 meter daripada tanah lapang di sekitar paya. Ramai saintis berpendapat bahawa jenazah Tollund Man pada mulanya dikebumi di kedalaman kurang daripada 1 meter. Namun, setelah beribu-ribu tahun berlalu, timbunan tanah gambut dan lumut menyebabkan kedalamannya mencecah 2 meter tinggi.
Jasad Tollund Man ditemui dalam keadaan merengkuk ke sebelah kiri sepertimana janin di dalam rahim ibu.  Tollund memakai topi kulit yang diperbuat daripada kulit biri-biri dan diikat dengan tali ke dagunya. Tollund Man ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan terdapat tali pinggang di bahagian pinggangnya. Rambutnya pendek dan kelihatan janggut serta kumis nipis yang dianggarkan berukuran 1mm panjang.

Cap Jari
Tollund Man terawet dengan cukup baik selama 2,000 tahun lampau. Tidak sepertimana mumia di Mesir yang terawet secara buatan manusia, mumia Tollund man terawet secara semulajadi. Kesan daripada pengawetan semulajadi ini, Tollund Man masih lagi mempunyai cap jari. Pada 1978, National Police Force telah mengambil cap jarinya dan ia menjadikan Tollund Man sebagai manusia yang memiliki antara cap jari tertua di dunia.

Cap jari masih jelas kelihatan miskipun telah berusia 2,000 tahun

Berusia 2,000 tahun yang lampau
Di bawah badan Tollund Man ditemui lapisan nipis lumut. Saintis sedar bahawa lapisan lumut sudah sedia wujud di paya lumut di Denmark sejak awal zaman Besi kira-kira 2,000 tahun yang lampau. Ini bermakna Tollund Man telah bersemadi lebih kurang 2,000 tahun yang lampau.
Teknologi pentarikhan Karbon-14 telah menyokong hipotesis awal ini. Hasil pentarikhan Karbon-14 menunjukkan Tollund Man telah meninggal dunia lebih kurang 375 hingga 210 Sebelum Masihi.

Makanan Terakhir
Perut dan usus Tollund Man telah diselidik dan diperiksa bagi mendapatkan maklumat tentang diet serta pemakanan beliau 2,000 tahun yang lampau. Para saintis berjaya membuat kesimpulan bahawa lelaki ini telah memakan bubur sayuran dan bijian sebelum sempat dinyahtinjakan. Selain itu, terdapat juga biji barli, biji rami, knotweed(sejenis bijian daripada tumbuhan di Eropah), Bristlegrass dan biji Kekwa di dalam ususnya.
Saintis gagal menjumpai sebarang makanan berasaskan daging dalam tubuh lelaki miskipun rata-rata masyarakat pada zaman tersebut menjadikan daging sebagai diet utama mereka. Saintis tidak menolak bahawa Tollund Man tidak menyentuh makanan dalam 24 jam terakhir sebelum kematiannya.

Sebab Kematian
Satu yang memeranjatkan menyelingkari misteri mumia Tollund Man ini adalah penemuan tali yang terikat kemas di leher lelaki ini. Tali yang diperbuat daripada kulit haiwan yang dianyam ini dipercayai digunakan untuk membunuh lelaki Tollund Man. Miskipun demikian, kematian sebenar Tollund Man masih lagi diselubungi misteri miskipun tidak menolak sebarang dakwaan bahawa terdapat tanda-tanda kekasaran terhadap jasad Tollund Man.
Kematian disebabkan oleh Upacara Korban
Di tengah-tengah masyarakat Eropah yang berpegang kepada ajaran Animisme, upacara pengorbanan manusia adalah cukup sinonim. Upacara seperti ini turut berlaku di banyak tempat di dunia sebelum kedatangan agama monotheism yang melarang sekeras-kerasnya upacara kuno ini. Bersandarkan kepada tali gantung yang menjerut leher lelaki tersebut, saintis bersependapat bahawa Tollund Man kemungkinan besar telah dijadikan korban bagi dewa-dewa yang disembah oleh mereka.
Walaubagaimanapun, ramai penyelidik menafi sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Tollund Man dibunuh untuk upacara korban manusia. Jasad Tollund Man tidak memiliki ciri-ciri sepertimana mangsa upacara korban kerana kebiasaanya jasad manusia yang dikorban memiliki kesan trauma di bahagian tempurung kepala dan paling tidak kesan hirisan pisau di leher. Penafian ini diambil kira melalui tulang-tulang manusia yang ditemui di sekitar benua Eropah dan Amerika Selatan yang memiliki kesan trauma yang agresif.
Kematian disebabkan oleh Tali Gantung
Semasa pemeriksaan semula pada tahun 2002, saintis forensik telah mendapati Tollund Man mungkin telah menjadi mangsa kepada pembunuhan di tali gantung. Walaupun saintis mendapati bahawa tulang vertebra tidak mengalami kerosakan sepertimana yang lazim berlaku kepada kematian di tali gantung, tetapi kesan pembengkakan lidah yang ketara menyokong idea ini.

Pembengkakan pada organ lidah secara normalnya dikenalpasti sebagai kesan kepada penggunaan tali yang telah menjerut leher mangsa. Mangsa pembunuhan secara mencekik leher juga menyebabkan pembengkakan ketara pada organ lidah.
Teori mengatakan mangsa dibunuh di tali gantung lebih diterima umum berbanding mengatakan mangsa dibunuh untuk upacara pengorbanan manusia.

Oleh yang demikian, Siapakah Lelaki ini?
Persoalan tentang identiti sebenar Tollund Man sangat rumit untuk dirungkai. Ia menyebabkan timbulnya pelbagai teori berkenaan identiti sebenar Tollund Man.
Tollund Man seorang penjenayah: Saintis tidak pernah menafikan bahawa ada kemungkinan Tollund Man adalah seorang penjenayah yang mana telah dihukum gantung sehingga mati. Individu yang digelar Tollund Man telah melakukan kesalahan besar dan dihukum gantung oleh masyarakat setempat.
Namun, teori yang mengatakan Tollund Man adalah seorang penjenayah telah ditentang oleh beberapa pihak. Mereka mengatakan sekiranya Tollund Man adalah seorang penjenayah, tidak mungkin mereka akan memperlakukan dengan baik terhadap jenazah Tollund Man. Kita mengetahui bahawa Tollund Man disemadi dengan baik dengan mata dan mulut ditutup dengan rapat. Dengan itu, jika Tollund Man seorang penjenayah, tidak mungkin jenazah Tollund Man dikebumi sedemikian rupa. Malahan, masyarakat pada masa itu akan membiarkan mangsa mereput di tali gantung atau membiarkan mangsa dimakan binatang buas.
Tollund Man seorang pendakwah: Teori ini lebih mencabar institusi keagamaan di Eropah. Tollund Man dikenalpasti sebagai seorang pendakwah yang mana Tollund Man kemungkinan besar menyebarkan risalah keagamaan di sana. Disebabkan masyarakat Eropah cukup kuat pegangan dengan ajaran jahiliyyah, mereka bertindak menangkap Tollund Man dan kemudiannya menyeksanya dengan hukuman gantung.

Komplot untuk membunuh

Adakah Tollund Man seorang Rasul?
Rasulullah saw telah bersabda bahawa Nabi dan Rasul memiliki keistimewaan di mana jasad mereka tidak akan sekali-kali dimamah oleh tanah. Jasad mereka kekal terpelihara sehingga datangnya Hari Kebangkitan kelak. Apa yang berlaku kepada Tollund Man amat bertepatan dengan sabda Rasulullah saw. Jasad Tollund Man terawet dengan baik secara semulajadi tanpa ada campur tangan manusia. Ia berlaku adalah kerana ia adalah kehendak Allah swt.
Saintis menyatakan dalam kajian mereka bahawa Tollund Man terawet kerana kekurangan oksigen dan tanah yang cukup berasid. Tanah gambut sememangnya terkenal sebagai tanah yang berasid. Namun, tanah gambut juga terkenal sebagai tanah yang lembap dan berair. Bukankah kelembapan adalah agen utama pereputan? Inilah yang dinamakan kehendak Allah swt. Tiada apa yang mustahil bagi-Nya.

Ditentang, diseksa dan dibunuh
Di dalam al-Quran juga, Allah swt telah berfirman:
Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu.(Surah Al-Mu’min ayat 83)
Penjelasan Allah swt di dalam surah tersebut amat selari dengan apa yang berlaku kepada Tollund Man ini. Sebagai seorang pendakwah yang bertanggungjawab menyebarkan risalah tauhid, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah kaumnya. Tidak mudah bagi seorang Rasul menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan pegangan kaum mereka melainkan beliau sendiri akan ditangkap dan diseksa. Insiden seperti ini telah Allah swt ulang tayangkan kepada kita hanya semata-mata untuk kita berfikir dan mengkaji.

Utusan Allah
Umum mengetahui bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Rasul dan Nabi telah diutuskan kepada umat manusia di setiap tamadun sejak daripada Adam as adalah masing-masing berjumlah 313 dan 240,000 orang.
Melihat kepada jumlah tersebut, adalah tidak mustahil untuk menolak Tollund Man adalah utusan Allah swt untuk kaumnya di Eropah 2,000 tahun yang lampau.

Ciri-ciri Istimewa Tollund Man
Selain daripada jasadnya yang terpelihara, beberapa ciri Tollund Man merapatkan dirinya sebagai seorang yang boleh dianggap utusan Allah swt. Daripada raut wajah Tollund Man, kita boleh mengenali bahawa Tollund Man semasa hayatnya adalah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat.
Garis pada dahi menunjukkan beliau seorang yang alim. Mata beliau ditutup dengan kemas namun tidak menunjukkan beliau cukup terseksa dengan kematiannya. Bibirnya juga mengukir sedikit senyuman yang mana ia adalah ciri-ciri paling utama menunjukkan keimanan seseorang individu. Rambut beliau juga tidak panjang manakala janggut dan misai juga menunjukkan beliau memiliki ciri-ciri seseorang yang sangat tertib.
Wajah dan senyuman Tollund Man tidak memungkinkan beliau seorang yang layak digelar seorang penjenayah melainkan beliau adalah seorang yang mempunyai jiwa dan rohani yang cukup besar.

Wajahnya cukup tenang. Sesiapa yang melihatnya akan merasai aura ketenangan miskipun dileher masih lagi dijerut tali gantung.
Seperkara lagi yang memyelubungi misteri Tollund Man adalah cara pengebumiannya. Tollund Man diketahui dikebumi dengan baik di dalam tanah. Ia mirip kepada tradisi ajaran tauhid dan monoteisme yang mengebumikan jenazah ke dalam tanah. Namun, adat masyarakat Eropah 2,000 tahun yang lampau adalah bertentangan dengan kaedah tradisi penganut ajaran tauhid. Meraka akan membakar mayat si mati sebelum abunya akan ditempat di sebuah ‘kubur’. Kubur tersebut masih lagi boleh dilihat di Silkeborg.

Sebuah kubur purba di Silkeborg

Sebagai bandingan, beberapa mumia seperti Mumia Chauchilla dilihat agak menyeramkan. Mulut dan matanya terbuka luas seakan-akan menahan sesuatu kesakitan yang luar biasa. Begitu juga dengan mumia Firaun Ramses II. Perbandingan ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa terdapat pada mumia Tollund Man berbanding mumia-mumia yang lain.

Mumia Chauchilla


Mumia Guanajuato


Mumia Ramses II

Rasul setiap Kaum
Mungkin ada yang berpendapat bahawa teori mumia Tollund Man sebagai seorang utusan Tuhan tidak releven dan tidak masuk akal. Namun, sebagai orang yang beriman kepada kitab Allah swt, kita wajib percaya bahawa utusan Allah tidak hanya berada dalam lingkungan tanah Arab dan bumi Anbiya’ sahaja.
Allah swt berfirman dalam surah Yunus ayat 74 yang bermaksud:
Kemudian sesudah Nuh, Kami utus beberapa rasul kepada kaum mereka (masing-masing), maka rasul-rasul itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka tidak hendak beriman kerana mereka dahulu telah (biasa) mendustakannyaDemikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas.(Surah Yunus Ayat 74)
Melalui ayat dan keterangan ini, Rasul telah diutuskan Allah swt ke seluruh pelusuk dan penjuru dunia dan tidak terkecuali di bumi Eropah. Kita sering mendengar pendapat alim ulama dan cendikiawan yang mengatakan Socrates daripada Yunani dan Buddha daripada India adalah utusan Allah swt, maka tidak wajar kita menolak bulat-bulat lelaki yang digelar ‘Tollund Man’ ini adalah salah seorang daripada utusan Allah swt.
Paling tidak sekalipun, mumia Tollund Man ini bukan sekali-kali pemilik seorang yang berstatus penjenayah yang dihukum gantung kerana kesalahannya.


~Artikel ini hanya pendapat individu daripada penulis setelah sekian lama membuat kajian terhadap mumia Tollund Man. Kita tidak boleh menolak bahawa Rasul dan Nabi telah di utus oleh Allah swt di seluruh pelusuk dunia untuk menyeru manusia ke jalan yang lurus. Ruang lingkup kajian penulis adalah terbuka jesteru penulis mengalu-alukan sebarang komen membina daripada pembaca.

RuMah Mudah ALih PaLing MaHaL Di DuNia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, jika sebelum ni korang dah tengok bilik hotel yang agak pelik, apa kata kali ini korang tengok pula rumah mudah alih paling mahal di dunia. Tengok gambar di bawah..
 
 
 
 
 
 
Rumah mudah alih atau bergerak ini direka oleh syarikat yang diberi nama Mrshy Mobile. Dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi, balkoni dan lain-lain kemudahan termasuk televisyen berukuran 40-inci yang nyata cukup mewah.
Dengan kelengkapan tersebut dan dari gambar yang akan anda lihat pada post ini, tidak hairanlah harganya mencecah kira-kira tiga juta dolar dan kini direkodkan sebagai rumah bergerak atau rumah mudah alih paling mahal di dunia.